Monday, January 26, 2009

JADI KETUA PANITIA SAINS...

Awal tahun 1996 saya dilantik jadi Ketua Panitia Sains (KPS) berikutan perpindahan guru kanan Sains iaitu En. Amidy Malagob ke MP Kent, Tuaran. Rancangan pertama yang saya laksanakan sebagai KPS ialah mengaktifkan penerapan KBKK dalam P&P termasuk soalan-soalan peperiksaan.
Cabaran terbesar yang saya hadapi ialah mengaktifkan kerja amali di makmal. Ini kerana ketika itu kami hanya ada seorang pembantu makmal (PM). Makmal-makmal jarang sangat digunakan atas alasan...PM TIDAK AKTIF. Pernah saya melawat semua makmal dan terpaksa menempuh sawang labah-labah di pintunya. Terus saya teringat kisah Nabi di gua Hira. Hehehe...
Bukan senang nak aktifkan PM YANG TIDAK AKTIF itu. Beliau seorang yang panas baran. PK 1 pun pernah berdarah hidung olehnya. Untuk itu, saya terpaksa guna diplomasi dan unsur-unsur persahabatan. Saya "tackle" beliau melalui permainan bola sepak. Bila dah jadi kawan baik, senanglah saya "mengarah" dan "memarahi"...
Syukur....berkat pendekatan yang baik, beliau mulai mengunjungi makmal-makmal dibawah jagaannya. Untuk membantu beliau, saya keluarkan arahan agar semua pelajar yang menggunakan makmal mestilah jaga kebersihan. Guru jangan benarkan pelajar tinggalkan makmal sebelum semua sudah bersih. Saya juga arahkan Persatuan Sains dan Matematik (PSM) melakukan aktviti menceriakan setiap makmal. Hasilnya "lumayan"....setidak-tidaknya, saya tidak lagi menemui sawang labah-labah...
Namun yang paling saya ingat ialah pameran sains di ruang legar makmal. Ini membolehkan semua pelajar mengenali lebih dekat peralatan sains yang jarang-jarang mereka nampak. Ada juga dipamerkan 'Taman Kimia", Herbarium dan sebagainya...
Sayang sekali....sekarang aktiviti itu sudah berhenti.

1 comment:

  1. sejak cikgu menjadi ketua panatia, barulah kami pelajar2 sains dapat berjinak-jinak dgn makmal. sebelum itu, kami hanya dihujani dgn teori2 ngeri. bakal saintis mesti selalu berdamping dgn makmal. tahniah atas usaha. siapa bah nama PM tu? sy lupa sudah, hehe..

    ReplyDelete