Thursday, January 22, 2009

BAGAIMANA AKU MENJADI GURU...

Bukan minta puji. Sejak sekolah rendah sampailah sekolah menengah - No.1 dalam kelas dan N0. 1 seluruh kelas/tingkatan adalah milik tetapku. Maksudku, dengan status pelajar terbaik, kononnya aku bercita-cita ingin jadi seorang doktor perubatan. Guru-guruku pun begitu yakin bahawa aku suatu masa nanti boleh jadi orang besar, tidak menyangka akhirnya aku menjadi seorang guru...kerana ketika itu (era 80-an) profesion perguruan adalah pilihan terakhir para pelajar. Masuk maktab ketika itu pangkat dua bahkan pangkat tiga SPM pun boleh masuk...
Tapi manusia boleh berubah, sama ada diubah oleh nalurinya sendiri atau persekitaran. Itulah yang mengubah jalan hidupku. Aku tidak perlu bercerita panjang tentang "perubahanku" dan "bagaimana" serta "siapa-siapa" yang mengubahku, yang aku ingin ceritakan - "perubahan itulah yang menyebabkan aku tidak dapat memasuki jurusan perubatan di universiti. Aku akhirnya memasuki bidang separa kesihatan separa kemanusiaan.
Dipendekkan cerita, pada tahun 1992/3, aku menjalani penyelidikan/tesis di Unit Perkhidmatan Kesihatan dan Perkhidmatan Doktor Udara Yayasan Sabah (sebelum itu, 1992, aku juga berlatih sambil belajar/praktikum di Yayasan Sabah - Unit Pembangunan Sosial, Tingkat 4, kalau tak silap). Aku sudah dijanjikan oleh "orang penting" di YS jawatan pegawai, hanya menunggu surat pelantikan. Malangnya (?), seperti yang sdr/i sedia maklum, tahun 1994 adalah era perubahan pemerintahan negeri Sabah. PBS tumbang, BN (UMNO) naik. Maka segala perjawatan di YS "dibekukan" sementara. Aku dinasihatkan untuk balik kampung dulu, tunggu panggilan. Aku pun balik kampung. Kemudian, aku berhubung dengan arwah Cikgu Makibin B. Bodok (Pengetua SMK Tandek) untuk memohon jawatan guru sandaran. Beberapa minggu menunggu, aku pun dapat surat lantikan daripada Jabatan Pelajaran Sabah, kuat kuasa 1/1/1995 (kalau tak silap).
Maka aku pun bertugas di SMK Tandek sebagai guru Sains. Ketika itu memang sedikit guru graduat orang tempatan. Aku masih ingat, kelas pertama aku masuk dan kebetulan aku ditugaskan menjadi guru kelasnya ialah -4D . Lucu...
Demikianlah alkisah bagaimana aku tiba-tiba memasuki alam keguruan. Boleh dikatakan "terpaksa" tapi aku tidak terpaksa berkerja kerana aku memang minat juga mencurahkan ilmu. Dan kini aku bukan lagi guru biasa...

1 comment:

  1. Setelah tamat Senior Cambridge, Arwah bapa pernah menyarankan aku menjadi guru, tapi bila ku lihat betapa berat tanggungjawab guru - tengok bapa(seorang guru) macam tiada masa rehat - selain disekolah, dirumahpun kena buat macam2 kerja, aku pun nda mau jadi guru. he he he pemalas kan aku ni? - Tapi sekarang ni, kalu ada siapa2 mau minta saya kongsi pengalaman boleh saja. Aku suka pula.

    ReplyDelete