Thursday, January 22, 2009

KALAU AKU TIDAK JADI GURU...

"HIKMAH JADI GURU..."
http://yomogun@yahoo.com.my

Dulu, timbul juga rasa "tension" dalam kepala bila jadi guru. Maklumlah, rakan-rakanku yang semasa di zaman persekolahan berada "di bawah" kini ada yang jadi pegawai besar di jabatan-jabatan kerajaan. Mereka bagaikan tidak percaya pelajar No.1 di sekolah dulu hanya jadi guru biasa...Bila jumpa mereka tanya apa kerja. Bila saya cakap "guru", mereka kata saya gurau!

Setelah serasi dengan dunia perguruan, barulah saya dapat memikirkan HIKMAH kenapa saya ditakdirkan jadi guru. Kalau saya memilih profesion ketenteraan (saya sebenarnya ada tauliah Pegawai Tentera Darat dan diberi opsyen menjadi pegawai dalam ATM) sebagai kerjaya, sudah barang tentu saya tidak dapat hidup bersama masyarakat di daerah kelahiran saya. Sudah barang tentu isteri saya sekarang bukan yang ada sekarang (saya ketemu jodoh dengan guru cantik yang mengajar di sekolah yang sama). Pendek kata, saya tidak menjadi sebagaimana saya hari ini.

Akhirnya saya tidak lagi merasa "tertekan" kerana sejak kebelakangan ini, profesion perguruan sudah naik taraf. Berebut pemegang ijazah kelas atas menjadi guru. Gaji guru sangat lumayan. Banyak keistimewaan lain lagi. Sepatutnya dari dulu lagi bah profesion ini diniktaraf supaya orang-orang genius jadi guru barulah pendidikan dapat diangkat bertaraf dunia. Barulah anak-anak murid mendapat pendidikan bertaraf tinggi.

Saya sangat bersyukur, dengan kerjaya guru saya sudah memiliki rumah (banglo) sendiri, kereta separa mewah (Kia Sportage), anak-anak yang sihat dan berakal, dan dapat membantu membangunkan minda dan jati diri bangsaku, yang mana aku hidup bersama mereka di daerah tercintaku - KOTA MARUDU, SABAH...

SYUKUR, ALHAMDULILAH...
"Kepada Generasi Muda: Jangan Malu Jadi Guru. Guru Adalah Kerjaya Mulia dan Lumayan..."

1 comment:

  1. Mengajar ilmu itu sangat mulia di sisi Allah. Antara amalan yang bakal kita bawa dan tetap membuahkan hasil walaupun kita mati kelak ialah ilmu yang telah kita berikan kepada sesiapa sahaja. Selagi ilmu yang kita ajar itu diamalkan selagi itulah pahala kita bertmbah. Sebab itu, aku sangat mengharapkannya juga. Bukan kerna gaji yang lumayan tetapi kemuliaannya disisi Allah.

    ReplyDelete