Sunday, May 17, 2009

BERJAUHAN DARI BUAH HATI...

"LEBIH BAIK TERLEWAT DARI TIDAK ADA LANGSUNG"

Setelah dinasihati oleh pengetua, saya akhirnya memohon Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) , dan sebagaimana diduga, dengan mudah saya dapat. Saya mengikuti KPLI di Maktab Sains Bintulu (dulunya kampus UPM Cawangan Sarawak). Masa itu saya baru juga berkenalan dengan isteri saya sekarang dan bertunang sebelum ke maktab. Lebih dahsyat, saya menerima tawaran ke maktab semasa menjalani latihan khas Senjata Kompeni (kursus lanjutan pegawai) di Pusat Latihan Askar Wataniah di Ipoh, Perak. Sehari pulang dari kursus saya terus terbang ke Bintulu. Seminggu saya lewat melapor tapi atas sebab yang konkrit pihak maktab tidak ada alasan untuk menolak.

Peluang belajar di Sarawak saya gunakan sebaiknya untuk belajar ilmu kependidikan, mencari rakan dan mengembara seluruh Sarawak. Sarawak memang lebih stabil dan maju berbanding Sabah. Tidak boleh dinafikan. Orang Sabah kena belajar politik daripada orang Sarawak. Dipendekkan cerita, setelah setahun berpisah dengan orang tersayang, saya menamatkan pengajian dengan cemerlang juga. Dan yang paling manis apabila saya "menyempat" memenangi Peraduan Menulis Cerpen Hari Guru Peringkat Negeri Sarawak. Saya pemenang ketiga dan cerpen saya "Surat Dari Hulu" termuat dalam antologi Guru X.

Seperti yang saya minta, saya akhirnya ditempatkan semula di SMK Tandek. Banyak cabaran menanti saya selepas itu. Ikuti siri seterusnya...

No comments:

Post a Comment